Assalamualaikum. Setiap hari merupakan hari baru untuk setiap orang. Hari dimana memori baru tercipta, tak kiralah memori tu baik atau tak. Tapi, pernah tak terfikir, memori yang kita selalu kata tak best tu yang kita kata selalu malang tu, sebenarnya, adalah the berst memories ever! Sebab, dari memori tu kita belajar benda baru. Benda baru yang mengajar kita erti kehidupan sebenar. Yup! ini sering berlaku kat diri aku sendiri. Aku selalu pendam perasaan aku demi kebahagiaan orang lain. Tak salah kan? Tapi aku pernah terfikir gak, sampai bila aku kena buat macam nie? Jaga perasaan orang lain tapi tak pernah jaga perasaan diri sendiri. Bahkan, ada sesetengah orang yang aku jaga perasaan dia , orang tu belum tentu akan jaga perasaan aku balik. ehhhhhhhhhhhhhh, apa aku merapu nie?
Memori? Mengikut definisi kamus aku, memori merupakan kenangan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata,kenangan yang sangat memberi makna pada setiap individu yang mengalaminyya. Macam yang aku cakap tadi, tak kiralah memori tu best atau tak best. Memori tu kadang-kadang datang tanpa diundang. Bagi sesetengah orang dia nak memori yang best best jeee kan? aku pun nak, sapa yang taknak. :) Tapi, kita kena sedar, setiap memori yang datang tu pasti ada pengajaran buat kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Dalam setiap memori yang malang itu, pasti terselit kemanisannya walaupun sedikit. Dalam memori tu sedikit sebanyak sebenarnya mengajar kita erti hidup. Hidup yang sentiasa penuh cabaran dan dugaan.
Dugaan? Setiap orang pasti mengalaminya. Tipulah kalau ada orang kata dia belum ada dugaan. Sebenarnya, dugaan nie datang dalam dua jenis iaitu : susah atau senang. Itu je. Dalam dugaan yang susah , Allah uji kita dengan kesedihan, kehilangan orang yang kita sayang, kesakitan dan macam-macam lagi. Setiap orang yang hidup dimuka bumi ini hak milik Allah, sayangilah seseorang itu kerana Allah,dan janganlah meratapi pemergiannya, kerana itu sudah termaktub di Loh Mahfuz. Dugaan yang senang nie sebenarnya susah. Contohnya, Allah bagi kita hidup senang lenang, Allah bagi kejayaan ,kepandaian. Dan semua inilah sebenarnya boleh membawa kita kedalam kemungkaran. Tau sebab apa? Sebab dugaan yang orang lihat remeh inilah, yang membuatkan kita lalai dengan kepandaian diri,dan mulalah menyombong. Apabila mempunyai kekayaan, mulalah lalai dengan kesenangan dunia, tak pernah nak ingat orang yang susah. Tak pernag nak ingat semua rezeki datang dari siapa. Tu baru dua jenis dugaan. Ada banyak lagi. :)
Cinta? Setiap orang memilki cinta itu. Tak kiralah cinta pada seorang lelaki bagi yang perempuan, cinta kepada seorang perempuan bagi seorang lelaki, cinta pada keluarga, cinta pada sahabat,guru dan banyak lagi. tapi, ada satu cinta yang suci iaitu cinta pada yang ESA. kita nie amnusia ingat dia bila time susah, aku pun manusia, kadangkala begitu juga. Cinta ini suci. Janganlah kita kotorkan dengan maksiat,sumbang mahram atau zina. Contohnya, kita ambil air zam-zam dan air cola sebagai analogi.Bayangkan apa akan terjadi apabila secawan air zam-zam tadi dicampurkan dengan beberapa titis air cola . Pasti warnanya berubah dengan mendadak bukan? Kesucian air zam-zam pada mulanya tadi pun sudah tidak kelihatan.Yang terlihat hanyalah hitam dan kekeruhan. Kita pasti dapat membayangkannnya, bukan? Jadi , begitu juga dengan realiti cinta itu sendiri.Apabila manusia meletakkan cinta sebagai matlamat utama dalam hidup mereka,secara tidak langsung,cinta itu tadi,telah mereka campurkan dengan perkara-perkara lain. Nafsu mereka, keburukan keburukan, maksiat maksiat dan sebagainya yang tidak suci(fitrah),yang kemudiannya akan mencemarkan kesucian cinta itu tadi. Akhirnya, cinta yang pada mulanya bersih itu tadi, kini kelihatan kotor. Daripada FITRAH CINTA menjadi FITNAH CINTA.. :)
Apa yang saya tulis bukan sekadar perkongsian tetapi peringatan buat diri saya sendiri. Hargai setiap memori yang kita miliki, Tabahlah dan kuatkan imanmu dalam menghadapi dugaan Allah, dan kekalkanlah cinta yang suci itu tadi. Dan sentiasa ingat, "Allah tidak akan memberi kesusahan pada seseorang itu melebihi kemampuan seseorang itu dalam menghadapi dugaan tersebut". Setiap orang pasti memiliki cinta, yang menentukan adalah lamabat atau cepat . Itu saja dari saya, Assalamualaikum. :)
Salam sayang dari,
Fatin Aqilah bt Zainal Abidin,
MRSM Kuching :)